
Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akhirnya malam tadi membuat keputusan yang sudah dijangka dengan memecat Dato' Zaid Ibrahim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebagai ahli Umno.
Tindakan itu diumumkan oleh Pak Lah dalam mesyuarat MT berkenaan malam tadi. Keputusan itu dibuat kerana Zaid menghadiri program dua anjuran Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Apa yang menarik selain dipecat secara serta merta, Zaid juga tidak boleh merayu keputusan pemecatan itu. sesuatu yang jarang-jarang sekali berlaku dalam Umno. Memang marah betul Pak Lah dan ahli MT lain pada Zaid.
Kepada Dato' Zaid, beliau tidak perlu merasa kecewa. Apa lagi Umno sekarang semakin ditolak oleh Rakyat. Umno juga sudah lari dari perjuangan asalnya seperti peringkat awalnya penubuhannya oleh Datuk Onn Jaafar.Hanya mereka yang tidak rasional dan tidak normal serta berkepentingan sahaja yang masih tinggal dalam Umno.
Apa guna terus kekal dalam Umno kalau setiap hari asyik bergaduh dan berbalah sesama sendiri?Umno hari ini hanya mengitung hari-hari ini untuk hanya akan wujud dalam lipatan sejarah.
Pintu Zaid untuk menyertai Pakatan Rakyat terbuka luas. Pilihlah sama ada Pas atau PKR, kedua-dua parti ini pasti tidak ada sebarang halangan untuk menerima Zaid. Jika tidak pun, beliau masih boleh menyertai mana-mana NGO untuk terus memperjuangan prinsip perjuangan beliau seperti menentang undang-undang rimba ISA yang menjadi titik tolak kenapa Zaid meletak jawatan sebagai menteri dalam kerajaan.
Apapun, syabas dan tahniah kepada Zaid kerana berani dan tegas dengan prinsip perjuangan beliau. Semoga apa yang dilakukan oleh Zaid akan turut diikuti oleh ramai lagi pemimpin Umno lain.

No comments:
Post a Comment