03 December 2008

NAJIB AKAN KEMPUNAN JADI PM?-Malaysiakini


Mantan Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir menyifatkan Najib tidak semestinya akan menjadi Perdana Menteri walaupun akan mengambil alih jawatan presiden Umno pada Mac depan. Menurut Dr. Mahathir, ini bukan sesuatu yang mustahil akan berlaku.

Perkembangan ini dijangka sesuatu yang menarik kerana belum pernah presiden Umno tidak menjadi PM.Walaupun ia adalah biasa kepada Pembangkang atau Pakatan Rakyat iaitu presiden parti tidak mengetuai pentadbiran kerajaan.Misalnya, Dato' Seri Anwar dan Lim Kit Siang tidak menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri walaupun menjadi teraju utama parti masing-masing.
Menurut Dr. Mahathir bahawa terdapat tanda-tanda bahawa Pak lah masih berminat mengekalkan jawatan PM yang disandangnya sekarang kerana mendapat sokongan kuat daripada orang yang rapat disekelilingnya yang selama ini mendapat faedah daripada pelantikan Pak Lah.

Bagi saya ada logiknya juga sebab Pak Lah hanya bersetuju menyerahkan kuasa sebagai presiden Umno sahaja tetapi tidak pernah menyebut untuk menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Hanya Najib sahaja yang sekarang ini yang sedang berangan-angan menduduki kerusi PM selepas Mac nanti.
Jika ini berlaku, Najib pasti akan menerima aib dengan permainan dan strategi politik Pak Lah. Malah hanya DYMM Dipertuan Agong sahaja yang mempunyai kuasa untuk menentukan siapa PM di Malaysia. Adakah Najib berani dan terdesak untuk mengadap Agong jika Pak Lah enggan menyerahkan jawatan PM kepada beliau?

Kita bakal melihat percaturan politik yang bijak yang akan dilakukan oleh Pak Lah. Mungkin inilah masanya yang akan digunakan oleh Pak Lah untuk memalukan dan membalas dendam kepada Najib yang dilihat agak gelojoh dan mengkhianati kepercayaan Pak Lah kepadanya selama ini.

Pak Lah juga mungkin mempunyai opsyen atau alasan yang lain tidak menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Perbicaraan kes Altantuya akan bersambung pada pertengahan Januari depan. Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku dalam perbicaraan yang kini masuk dalam prosiding membela diri. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Untuk menyelamatkan diri dari tali gantung, kedua-dua tertuduh akan melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri.Mungkin pada ketika itu, mereka akan mendedahkan siapa perancang atau dalang sebenar di sebalik pembunuhan itu. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa Najib dan isterinya dikaitkan dengan kes pembunuhan itu.

Sumber : ANGKASANURI

ZAID IBRAHIM TIDAK PERLU KECEWA-Malaysiakini


Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akhirnya malam tadi membuat keputusan yang sudah dijangka dengan memecat Dato' Zaid Ibrahim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebagai ahli Umno.


Tindakan itu diumumkan oleh Pak Lah dalam mesyuarat MT berkenaan malam tadi. Keputusan itu dibuat kerana Zaid menghadiri program dua anjuran Pakatan Rakyat baru-baru ini.


Apa yang menarik selain dipecat secara serta merta, Zaid juga tidak boleh merayu keputusan pemecatan itu. sesuatu yang jarang-jarang sekali berlaku dalam Umno. Memang marah betul Pak Lah dan ahli MT lain pada Zaid.


Kepada Dato' Zaid, beliau tidak perlu merasa kecewa. Apa lagi Umno sekarang semakin ditolak oleh Rakyat. Umno juga sudah lari dari perjuangan asalnya seperti peringkat awalnya penubuhannya oleh Datuk Onn Jaafar.Hanya mereka yang tidak rasional dan tidak normal serta berkepentingan sahaja yang masih tinggal dalam Umno.


Apa guna terus kekal dalam Umno kalau setiap hari asyik bergaduh dan berbalah sesama sendiri?Umno hari ini hanya mengitung hari-hari ini untuk hanya akan wujud dalam lipatan sejarah.


Pintu Zaid untuk menyertai Pakatan Rakyat terbuka luas. Pilihlah sama ada Pas atau PKR, kedua-dua parti ini pasti tidak ada sebarang halangan untuk menerima Zaid. Jika tidak pun, beliau masih boleh menyertai mana-mana NGO untuk terus memperjuangan prinsip perjuangan beliau seperti menentang undang-undang rimba ISA yang menjadi titik tolak kenapa Zaid meletak jawatan sebagai menteri dalam kerajaan.


Apapun, syabas dan tahniah kepada Zaid kerana berani dan tegas dengan prinsip perjuangan beliau. Semoga apa yang dilakukan oleh Zaid akan turut diikuti oleh ramai lagi pemimpin Umno lain.

02 December 2008

MINYAK TURUN LAGI TAPI RAKYAT TERUS MENDERITA-Malaysiakini


Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga minyak buat kali kelima tahun ini selepas naik mendadak pada Mac lalu. Harga minyak petrol mulai esok ialah RM 1.90 dan diesel RM1.80.

Harga baru minyak ini sudah pasti melegakan pengguna dan rakyat yang cukup terbeban dengan kenaikan sebelum ini.

Walau bagaimanapun dalam saat harga minyak yang diturunkan, rakyat masih lagi mengeluh dengan harga barang terutama barang basah dan keperluan harian yang tidak terdapat sebarang tanda-tanda akan diturunkan.

Bayangkan harga di sebuah restoran lauk sotong saiz C besar ibu jari budak, untuk empat ekor harganya RM 6 untuk seorang makan dan harga sepinggan nasi putih pula RM 1.50. Ini merupakan pengalaman yang saya lalui sendiri semasa menjamu selera di sebuah restoran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Manakala harga barang basah seperti ikan dan sayur-sayuran naik mendadak. sebagai contoh,harga sekilogram ikan kembung yang dibeli beberapa hari lepas di Pasar Besar Melaka adalah RM 12 dan ikan tenggiri kecil pula ialah RM 22.Menurut peniaga harga barang basah ini dijangka akan terus meningkat. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kesukaran mendapat bekalan ekoran musim tengkujuh di Pantai Timur Semenanjung sekarang.

Apa yang pasti rakyat terutama golongan bawahan hanya mampu senyum tawar dengan kadar baru minyak yang turun esok. Hakikatnya tidak ada apa yang hendak digembirakan seperti sebelumnya.

Walaupun Pak Lah menyeru agar peniaga menurunkan harga barang harian, seruan Pak Lah tidak mendapat reaksi daripada peniaga. Tak boleh nak salahkan peniaga 100%. Apabila kerajaan menaikkan harga minyak secara drastik pada Mac lalu, peniaga mengalami peningkatan kos yang ketara akibat kenaikan operasi pengeluaran dan pengangkutan.

Begitu juga dengan peneroka dan penoreh getah yang rata-rata golongan berpendapatan rendah yang saban hari menanggung derita akibat harga getah dan sawit yang menjunam jatuh di pasaran. Tetapi dalam masa yang sama, kos baja, racun dan upah semakin meningkat.

Jika begini keadaannya, penurunan harga minyak tidak mampu untuk memulihkan kadar inflasi yang tinggi dan menjamin harga barang akan diturunkan. Subsidi minyak yang tidak lagi ditampung oleh keraajaan, malah rakyat sebenarnya membayar harga minyak lebih mahal di pam sepatutnya digunakan lebihan bernilai bilion ringgit untuk menampung dan membantu golongan yang berpendapatan rendah yang terjejas teruk kesan kegawatan ekonomi melanda negara.

Di antara langkah yang boleh dilakukan ialah memberi subsidi kepada barang keperluan pengguna seperti minyak masak, beras, susu dan gula. selain itu kerajaan boleh menetapkan semua barang keperluan harian berkenaan dijadikan sebagai barang kawalan.

Apa yang lebih penting kerajaan perlu sentiasa serius dan peka dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya oleh golongan bawahan yang berpendapatan rendah.

SAINGAN EMPAT PENJURU DI KUALA TERANGGANU?-MALAYSIAKINI


Sementara itu, parti yang menggelar mereka Angkatan Keadilan Insan Malaysia turut menyatakan kesediaan untuk bertanding. Perkara itu dinyatakan oleh presidennya Hanafi Mamat kepada Bernama hari ini.Hanafi mendakwa mempunyai 10 ribu ahli di Malaysia dan 200 darinya di Terangganu. Beliau mendakwa bakal mendapat sokongan kuat dari golongan hafiz dan tabligh di negeri itu. (sejak bila pulak Tabligh minat dalam politik!).

Walaupun Maimun dan Hanafi tewas teruk sehingga hilang deposit dalam pilihanraaya lalu, nampaknya kedua-duanya tidak serik-serik untuk terus bertanding. Apa yang lebih memusykilkan dan menimbulkan tanda tanya dari mana mereka mendapat sumber kewangan untuk proses pencalonan dan kempen yang mencecah puluhan ribu ringgitnanti? Siapa di balik tabir yang menaja mereka sebelum ini? Nak kata Pas yang taja tak masuk akal pulak, nak cat markas pun kena minta derma dari ahli dan penyokong. Inikan pulak saja-saja nak beri senang-senang pada calon bebas untuk bertanding. Jadi faham-faham aje lah kan…

Macam mana pun ‘kesudian’ kedua-dua bakal calon bebas itu bertanding bakal menyeri dan merancakkan lagi kehangatan menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terangganu itu nanti.

TAK HABIS-HABIS DENGAN ISU KETUANAN MELAYU-Malaysiakini

Semalam dalam sidang parlimen, ahli parlimen dari Seri GadingYB Datuk Muhemad Aziz begitu berapi-api menghentam MCA dan Gerakan dalam isu ketuanan Melayu. Begitu lantang dan vokal sekali krtikan yang diberikan.

Mohamed Aziz meminta MCA dan Gerakan mengambil tindakan tegas seperti yang Umno lakukan kepada DatukAhmad Ismail yang digantung selama 3 tahun.

Isu yang dibangkitkan seolah-olah sedang berlaku konflik kaum yang dasyat dalam negara seperti isu 13 Mei 1969. Malangnya isu ini sendiri tidak mendapat sambutan dari pemimpin Umno sendiri. Terbukti semasa membangkitkan isu itu di parlimen, kerusi ahli parlimen dari Umno di belakang beliau kelihaatan kosong.

Kenapa isu ketuanan ini tiba-tiba dibangkitkan? Apa motif yang sebenarnya? Menurut Naib Presiden Pas, Hj. Muhamad Sabu dalam program berbuka puasa di Markas Pas Bukit Katil lalu, isu perkauman adalah isu yang sensitif dan menjadi senjata ampuh kepada Umno. Terbukti isu ini telah berjaya dimanipulasi oleh Umno dalam beberapa konflik lepas misalnya tragedi 13 Mei, Operasi lalang 1986 dan isu masjid Kampung Rawa di Pulau Pinang.

Akhirnya, apa yang berlaku ramai pemimpin pembangkang ketika itu yang menjadi mangsa yang ditahan dan merengkuk dalam tahanan ISA.

Walau bagaimanapun isu ketuanan melayu kali ini rakyat semakin matang dan cerdik. Mereka tidak lagi terpengaruh dan terperangkap dengan mainan politik Umno. Rakyat juga sedar bahawa selama ini Umno sendiri yang menghakis ketuanan Melayu.Melayu semakin ketinggalan dalam serba serbi. Sama ada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Melayu hanya menjadi juara kepada masalah dan gejala moral seperti jenayah, rasuah, salah guna dadah, penceraian dan salah laku remaja.

Semua ini gara-gara pemimpin Umno yang mengaku Melayu yang menggunakan kepentingan politik untuk mengaut keuntungan dan kekayaan untuk tujuan peribadi. Ketuanan Melayu hanyalah retorik mereka yang terdesak yang gila harta dan mabuk kuasa. Mereka cuba memulihkan imej dan maruah dengan isu ketuanan Melayu. Tindakan mereka umpama meludah kelangit yang akhirnya jatuh ke muka sendiri. Kepada pemimpin Umno yang berkobar-kobar membangkitkan isu ketuanan Melayu cermin-cerminlah muka anda, tanya pada diri sendiri siapa yang menghakis ketuanan Melayu di bumi sendiri?

Kepada semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, biarkan Umno-MCA-Gerakan bergaduh sesama sendiri. Kita tidak perlu sentuh dan ulas konflik yang seperti dalam skrip drama ini.Mari kita lihat sejauh mana lakonan dan wayang mereka tentang isu ketuanan Melayu dan apa kesudahannya nanti.

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERANGGANU BAKAL DITANGGUHKAN?-Malaysiakini


Banjir di Terangganu bertambah buruk, semakin ramai mangsa yang dipindahkan dan jalan -jalan utama ditutup. Sehingga tengahari tadi menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata sehingga pukul 7 pagi ini jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri itu meningkat kepada 3,281 orang berbanding 1,966 petang semalam.

"Kuala Terengganu dan Marang paling teruk dilanda banjir setakat ini," katanya ketika dihunungi di sini hari ini.

Di Kuala Terengganu jumlah mangsa banjir ialah 1,531 orang berbanding 1,147 pada pagi semalam manakala di Marang jumlahnya meningkat kepada 999 orang berbanding 686 orang petang semalam.

Jabatan Metereologi pula meramalkan bahawa banjir pada tahun ini bakal yang terburuk dalam sejarah berdasarkan kajian yang dilakukan.

Keadaan ini jika berlarutan dan bertambah teruk ada kemungkinan besar pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terangganu yang dijadualkan pada pertengahan Disember ini mungkin akan ditangguhkan pada bulan Januari atau awal Febuari depan.

Walau bagaimanapun, jika pilihanraya diadakan pada pertengahan dalam suasana banjir pun ada juga baiknya. Dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir Kelantan lalu, puak Umno menaikkan banner memperli bahawa banjir yang berlaku sebab kerajaan Pas tak pandai memerintah.

Sekarang siapa yang tak pandai memerintah? Jika kerajaan Terangganu semasa era Idris Jusoh dan sekarang Ahmad Said sanggup berhabisan ratusan juta untuk anjur Monson Cup berapa pula kos untuk menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda negeri itu?

Malah banjir yang berlaku di Kuala Terangganu sekarang turut dikaitkan dengan pembinaan benteng di muara Sungai Terangganu untuk Monsun Cup sehingga menjadi sempit untuk air dari hulu sungai mengalir ke laut.

Pilihanraya dalam banjir juga mungkin akan menyebabkan 'hantu-hantu' yang biasa berkeliaran semasa musim pilihanraya tidak berani datang atau akan menyembunyikan diri kerana kesejukan.

Walau bagaimanapun kepada semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana telah terbukti sebelum ini,Umno akan buat apa sahaja untuk memenangi pilihanraya kecil untuk memulihkan maruah dan reputasi yang semakin merudum di kalangan rakyat. Malah dalam pilihanraya umum ke 12 lalu, Terangganu muncul negeri yang paling panas dengan pelbagai taktik kotor sama ada dari BN dan tindak tanduk SPR yang mencurigakan.