
Banjir di Terangganu bertambah buruk, semakin ramai mangsa yang dipindahkan dan jalan -jalan utama ditutup. Sehingga tengahari tadi menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata sehingga pukul 7 pagi ini jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri itu meningkat kepada 3,281 orang berbanding 1,966 petang semalam.
"Kuala Terengganu dan Marang paling teruk dilanda banjir setakat ini," katanya ketika dihunungi di sini hari ini.
Di Kuala Terengganu jumlah mangsa banjir ialah 1,531 orang berbanding 1,147 pada pagi semalam manakala di Marang jumlahnya meningkat kepada 999 orang berbanding 686 orang petang semalam.
Jabatan Metereologi pula meramalkan bahawa banjir pada tahun ini bakal yang terburuk dalam sejarah berdasarkan kajian yang dilakukan.Keadaan ini jika berlarutan dan bertambah teruk ada kemungkinan besar pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terangganu yang dijadualkan pada pertengahan Disember ini mungkin akan ditangguhkan pada bulan Januari atau awal Febuari depan.
Walau bagaimanapun, jika pilihanraya diadakan pada pertengahan dalam suasana banjir pun ada juga baiknya. Dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir Kelantan lalu, puak Umno menaikkan banner memperli bahawa banjir yang berlaku sebab kerajaan Pas tak pandai memerintah.
Sekarang siapa yang tak pandai memerintah? Jika kerajaan Terangganu semasa era Idris Jusoh dan sekarang Ahmad Said sanggup berhabisan ratusan juta untuk anjur Monson Cup berapa pula kos untuk menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda negeri itu?
Malah banjir yang berlaku di Kuala Terangganu sekarang turut dikaitkan dengan pembinaan benteng di muara Sungai Terangganu untuk Monsun Cup sehingga menjadi sempit untuk air dari hulu sungai mengalir ke laut.
Pilihanraya dalam banjir juga mungkin akan menyebabkan 'hantu-hantu' yang biasa berkeliaran semasa musim pilihanraya tidak berani datang atau akan menyembunyikan diri kerana kesejukan.
Walau bagaimanapun kepada semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana telah terbukti sebelum ini,Umno akan buat apa sahaja untuk memenangi pilihanraya kecil untuk memulihkan maruah dan reputasi yang semakin merudum di kalangan rakyat. Malah dalam pilihanraya umum ke 12 lalu, Terangganu muncul negeri yang paling panas dengan pelbagai taktik kotor sama ada dari BN dan tindak tanduk SPR yang mencurigakan.

No comments:
Post a Comment