02 December 2008

TAK HABIS-HABIS DENGAN ISU KETUANAN MELAYU-Malaysiakini

Semalam dalam sidang parlimen, ahli parlimen dari Seri GadingYB Datuk Muhemad Aziz begitu berapi-api menghentam MCA dan Gerakan dalam isu ketuanan Melayu. Begitu lantang dan vokal sekali krtikan yang diberikan.

Mohamed Aziz meminta MCA dan Gerakan mengambil tindakan tegas seperti yang Umno lakukan kepada DatukAhmad Ismail yang digantung selama 3 tahun.

Isu yang dibangkitkan seolah-olah sedang berlaku konflik kaum yang dasyat dalam negara seperti isu 13 Mei 1969. Malangnya isu ini sendiri tidak mendapat sambutan dari pemimpin Umno sendiri. Terbukti semasa membangkitkan isu itu di parlimen, kerusi ahli parlimen dari Umno di belakang beliau kelihaatan kosong.

Kenapa isu ketuanan ini tiba-tiba dibangkitkan? Apa motif yang sebenarnya? Menurut Naib Presiden Pas, Hj. Muhamad Sabu dalam program berbuka puasa di Markas Pas Bukit Katil lalu, isu perkauman adalah isu yang sensitif dan menjadi senjata ampuh kepada Umno. Terbukti isu ini telah berjaya dimanipulasi oleh Umno dalam beberapa konflik lepas misalnya tragedi 13 Mei, Operasi lalang 1986 dan isu masjid Kampung Rawa di Pulau Pinang.

Akhirnya, apa yang berlaku ramai pemimpin pembangkang ketika itu yang menjadi mangsa yang ditahan dan merengkuk dalam tahanan ISA.

Walau bagaimanapun isu ketuanan melayu kali ini rakyat semakin matang dan cerdik. Mereka tidak lagi terpengaruh dan terperangkap dengan mainan politik Umno. Rakyat juga sedar bahawa selama ini Umno sendiri yang menghakis ketuanan Melayu.Melayu semakin ketinggalan dalam serba serbi. Sama ada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Melayu hanya menjadi juara kepada masalah dan gejala moral seperti jenayah, rasuah, salah guna dadah, penceraian dan salah laku remaja.

Semua ini gara-gara pemimpin Umno yang mengaku Melayu yang menggunakan kepentingan politik untuk mengaut keuntungan dan kekayaan untuk tujuan peribadi. Ketuanan Melayu hanyalah retorik mereka yang terdesak yang gila harta dan mabuk kuasa. Mereka cuba memulihkan imej dan maruah dengan isu ketuanan Melayu. Tindakan mereka umpama meludah kelangit yang akhirnya jatuh ke muka sendiri. Kepada pemimpin Umno yang berkobar-kobar membangkitkan isu ketuanan Melayu cermin-cerminlah muka anda, tanya pada diri sendiri siapa yang menghakis ketuanan Melayu di bumi sendiri?

Kepada semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, biarkan Umno-MCA-Gerakan bergaduh sesama sendiri. Kita tidak perlu sentuh dan ulas konflik yang seperti dalam skrip drama ini.Mari kita lihat sejauh mana lakonan dan wayang mereka tentang isu ketuanan Melayu dan apa kesudahannya nanti.

No comments: